welcome

~tentang diriku~

Saturday, December 31, 2011

~gila novel~

hai semua,malam ni aku nak citer pasal novel yang aku baca..tajuk novelnya "akhirnya aku kawin"
citer dia best r tp yg xpuas hatinya hero dia 2 kuar lambat sgt..xpuas rasanya bc pasal hero dia 2 dah nak habis br kuar wataknya..tp watak hero 2 best r, nama hero nya syafizi...kisah ni pasal serong pmpuan yg mencari cinta sejati yang akhirnya menemui kebahagian yang dia sendiri tidak menduga jiodohnya itu..
best sgt2 novel nie...novel ini adalah karya kedua penulis novel nie,novel pertama beliau tajuknya"cinta tiga suku"...aku xbc lg novel ini tapi ank sedara aku citer katanya best gak..nnt aku nak baca r..
ni cover novelnya..comelkan??

hari ini aku nak sambung ckit lg psl novel nie...semalam xbest nak bercerita sbb keyboadr wat hal..so psl citer dlm novel ini mmg best..aku suka sgt2...citer dia sempoi je xla berat sgt mesej yang nak di sampaikan...aku yang baca nie blh tergelak,menangis bl bc time part2 yang memang menusuk kalbu..tp aku memamg..kalu tgk citer yg sedih2 pun kuar air mata gak...2la pasal kl tgh tgk citer2 sedih mesti family aku yang lain tgk aku,nak tgk air mata aku kuar x..jht kan diaorg 2..

berbalik kepada novel akhirnya aku kawin ni, buat kt tertanya2 sapa yang akhirnya jd pilihan si didi watak dlm citer nie..tanpa di sangka2 org yg selalu cr gaduh,sktkan hati dia,selalu pggl dia debab nie rupanya jth hati kat dia...sbb 2 la dia lawan si didi 2 macam 2 sbb nak ambk hatinya..btl la org2 tua kata jgn terlalu membenci nanti timbul rasa sayang 2...
 sekian dulu,k...

Saturday, December 24, 2011

~januari 2012~

hai...jumpa lagi..kali ni nak citer pasal tahun baru...tahun baru 2012 menjelma..apa yang korang2 harapkan utk tahun akan datang??

ehmmmm...
aku xtau lg...xharapkan apa2 cuma jd lebih baik dari tahun xebelum2 nie...ehmmm,masuk tahun 2012 umurku pun makin meningkat...

apa yang korang buat mlm td??g smbut new year kew??aku kl msk tahun baru sepanjang hidup aku ni rasanya smbt kat rmh je..tgk dlm tv bunga api nya...puas hati jgk..sm macam duk tmpt 2 jgk yg bezanya org xsesak...huhuhuhuhu...mlm td keje aku tgk citer korea...hihihih

k lah aku citer lain x palk...idea xberapa nak dtg la skrg nie..k
apa pun..happy new year utk semua...

Thursday, December 22, 2011

~wang kertas terbaru~

HAI, HARI INI AKU NAK KONGSI PSL WANG KERTAS terbaru...ini ada sedikit info utk korang2...aku pun dpt info ni dr internet gak so sj je nak share dgn korang2 semua...

Seperti yang sedia maklum, Bank Negara Malaysia baru sahaja melancarkan duit syiling dan duit kertas baru Malaysia pada hari ini. Duit syiling akan mula digunakan pada awal tahun hadapan manakala duit kertas akan mula digunakan dalam bulan Julai 2012. Wang kertas terbaru ini bertemakan “Keunikan Malaysia” yang memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi. Ia terdiri daripada wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100. Berikut adalah beberapa gambar dan fakta menarik tentang duit kertas baru Malaysia yang itu.




Ciri-ciri Am Duit Kertas Baru Malaysia


Pada bahagian hadapan semua denominasi wang kertas, telah dikekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, bunga kebangsaan iaitu bunga raya Rosa-sinensis (dikenali sebagai Bunga Raya dalam kalangan penduduk tempatan) dan corak songket kain tenunan tradisional.

Bahagian belakang setiap denominasi wang kertas memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi yang khusus bagi Malaysia.

Untuk duit kertas baru Malaysia kali ini, denominasi RM20 mula digunakan semula setelah diberhentikan beberapa tahun dahulu. Mungkin berita gembira buatr kanak-kanak kerana mereka mungkin akan dapat duit raya RM20 pada tahun hadapan.

Wang Kertas RM100 – Keajaiban Alam Semula Jadi

Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai ‘Tapak Warisan Dunia’ oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100. Keajaiban alam semula jadi yang dipaparkan pada duit kertas RM100 ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak. Kedua-duanya adlaah alam semula jadi yang sangat mengagumkan dan membanggakan Malaysia.

Wang Kertas RM50 – Pertanian dan Teknologi

Pada wang kertas RM50, gambar kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan sebagai satu ikon ekonomi yang sedang berkembang pesat dan boleh dibanggakan. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia. Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.

Wang Kertas RM20 – Hidupan Laut

Setelah sekian lama duit RM20 diperkenalkan semula dengan meletakkan gambar keindahan dan hidupan laut di Malaysia. Duit kertas baru RM20 ini memaparkan gambar dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea). Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.

Wang Kertas RM10 – Flora

Wang kertas baru RM10 berwarna merah dan memaparkan Hutan Tropika Malaysia yang tumbuh subur. Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003. Bunga ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.

Wang Kertas RM5 – Hidupan Liar

Wang kertas baru RM5 bertemakan hidupan liar dan memaparkan gambar burung enggang. Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia. Burung  yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai ‘Bumi Kenyalang’.

Wang Kertas RM1 – Sukan Tradisional

Wang kertas RM1 masih mengekalkan gambar permainan tradisional, Wau di belakang wang tersebut tetapi dengan rekaan dan bentuk baru. Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.

~syiling baru malaysia~

Kepada yang rajin tengok berita pasti tahu tentang kewujudan duit syiling baru Malaysia siri ketiga. Bermula pada tahun hadapan, 2012 Malaysia akan mula mengeluarkan duit syiling baru Malaysia siri ketiga bagi menggantikan duit syiling yang sebelum ini. Kenapa perlu tukar? Kerana bertujuan untuk menggantikan duit syiling yang telah digunakan hampir 20 tahun sekarang ini. Wang syiling baru ini lebih kecil, ringan dan mesra pengguna serta mempunyai ciri-ciri selamat dan sidatangkan dalam 50sen, 20sen, 10sen dan 5sen. Berikut adalah beberapa fakta menarik dan informasi tentang duit syiling yang baru ini.

Ciri-ciri Am Duit Syiling Baru Malaysia

  • Bahagian hadapan setiap denominasi memaparkan motif berbeza, 14 titik untuk melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dan (kecuali duit syiling 50 sen) lima garis mendatar bagi menggambarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.
  • Bahagian belakang duit syiling pula memaparkan motif Bunga Raya atau Rosa-sinensis, iaitu bunga kebangsaan Malaysia, tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan ‘BANK NEGARA MALAYSIA’. (sumber dari Bank Negara Malaysia)

Siri duit syiling yang bertemakan Keunikan Malaysia ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali. Berikut adalah sedikit penerangan tentang duit-duit syling berkenaan.



50 sen – Sulur Kacang

Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan. Sila rujuk laman web Bank Negara Malaysia    untuk ciri-ciri keselamatan.



20 sen – Bunga Melur

Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling baru Malaysia 20 sen ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.



10 sen – Motif Orang Asli

Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.



5 sen – Destar Siga

Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.



Sempena pengeluaran wang syiling baru Malayia ini, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan syiling peringatan yang dijual bermula pada 26 Julai 2011 di tempat-tempat yang terpilih.

Monday, November 28, 2011

~anak2 kucing~

hai...
sekali lagi...
skrg aku nak citer pasl anak2 kucing aku..
kl korang msh ingt psl kucing aku dl,
skrg si puteh ni dah beranak...
smua ada 3ekor tp sekor umr xpnjg...
lps seminggu kalu xslp aku mati...
tinggal la dua ekor..

ni hitam


ni kuning
 skrg dah besar dah...
dah berlari,memanjat,ggt org,,,
smua diorg buat...
skrg dah pndai mkn....
kl time lapar pggl je trs dtg,,,
kl xlpr jgn hrp pndg pun tidak...







~kenduri kawen kawan2~

hai...
kenduri kawen kawan2 aku dh selesai...
kat bawah nnt ada gmbr2 untk tontonan korang semua...

ni la best friend aku...dah kawen pun dia...tahniah..


dari kiri: atie(aku la 2), azim(pengantin laki),emi(pengantin perempuan) & tema(kawan aku,xlama lg giliran dia lak..)

ni gmbar kawen hafiz(a.k.a bedu)&pasangannya(zaihan)

ada lagi....
lagi...
dah....
habis dah...
xdpt snap bnyk pic sbb bkn kamera aku...
ni gmbr dr kamera tema punya...
apa pun tahniah utk kedua2 pasangan...


Thursday, November 24, 2011

~sedihnya~

ehmmm...
sedihnya xdpt tgk best friend aku di ijab kabulkan...
patutnya mlm nnt dia akad nikah tp di percepatkan lps zohor...
jwbnya xdpt la aku tgk...
keje dah la jauh...kl dkt aku blk je kjp tgk dia di ijab kabuljan...
apa-pun tahniah ek...
moga hepy2 selalu dan berkekalan ke anak cucu...
amin

Wednesday, November 23, 2011

~musim hujan~

ha...
skrg aku nak citer psl hjn plak...
skrg ni msti korang semua th kan musim hjn...
bl dah hjn tntu la ada tmpat yg bnjr...
xterkecuali rumah aku la yg bnjrnya....
tp jgn rsau msh selamat di diami lg...
cm dah naik 2ank tangga...
dah biasa dah mcm ni...
kat dapur pun dah msk air...
so bl dpr msk air mula la aku mls nak mask...
tp kl xmasak sian kat abah aku nak mkn...
jawabnya kdai la,,,
2pun smlm 1 kdai je bkk...
yg lain2 xtau r kn bnjr kot kat kg aku 2...
hr ni air xsurut2 lg...xtau r nnt mcmn...
aku g keje so xtau r keadaan semasa kat rmh 2...
apa pun hrp cpt2 la surut air nya...
kpd ssiapa yang menjadi mangsa banjir di harap anda semua bersabar ye...
terima kasih,
sekian...

~my best friend wedding~

assalamualaikum....
hai semua...
hari nie aku nak citer psl kawen best friend aku...
sebenarnya blm langsung lg ntah tp aku excited sgt nak tgk dia akad nikah,naik pelamin,kenduri dia semua2 hal dia nnt la...
dalam ramai2 geng kitaorg dia bkn la org pertama yang kawen...
dia org ketiga dlm geng kitaorg yg nak kawen nya...
1st skali ja bln 5 lepas(kl xslp la) pah2 niza (lp dah bln berapa)..
skarang bestfriend aku akan melangsungkan pada 25 november nnt...
xsabar rasanya...
hepy tgk diaorg n sedih sbb nnt ssh la nak hang out sm2 bl msg2 ada suami...
hari khamis mlm jumaat nnt dia akn akad nikah...
xsabar rasanya...
dia tunang bln 2 lps kl xslp...
aku pun lupa,apa punya bff la aku nie...
nnt gmbr kawen nya aku upload kemudian je...
nntkan k...

Wednesday, October 19, 2011

~ujian ILLAHI~

ujian...
setiap org yang ada di muka bumi ini di berikan ujian
setiap org di ujian dengan berbagai-bagai ujian...
semua itu bergantung pada diri kita utk menghadapi setiap ujian yang berlaku dan mencari jalan penyelesaian nya...
macam aku,,
ujian yang di berikan adalah penyakit ma...
dah 2 tahun lebih ma sakit...
mula2 kena dl mmg setiap kali ma kena strok air mata aku jatuh membasahi pipi melihat keadaan ma yang menanggung kesakitan...
tp skrg allhamdullillah bl lihat ma sakit air mata aku xde la senang sgt kluar bkn sbb aku xsedih lihat ma mcm 2 tapi dah biasa lalui jadi lali...jd biasa...
sedih bl tgk org yang kata sayang kt kenal dl chat tb2 sakit...lain dr yg biasa kita kenanl dia...aku xdpt menahan kesedihan bila lihat dia macam 2...tp apaka daya ALLAH s.w.t uji nya macam 2...apa yang blh aku buat cuma berdoa moga penyakitnya sembuh dan dia kembali kepada keadaan seperti biasa yang aku kenali dia dulu...
wasalam...

~cuti sekolah~

cuti sekolah dah xlama lg...so nnt bnyk la kad2 kawen yang smpai...biasala time cuti skolah org wak kndr senang...bestfriend aku pun nak tamatkan zaman bujang dia dah....minggu pertama cuti sekolah nnt la...ehmmmm...bl cuti sekolah tiba dan musim2 org kawen nie,,,mula la fkr psl diri sendiri...bl nak ikut jejak diaorg2 smua yang dah berumah tangga...tgk org sukanya bila kawen...sedih pun ada gak.cemburu pun ada,ye la tgk org bahagia cemburu la....entah la...tapi apa pun tahniah utk semua2 bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan mereka2 nnt...semoga berbahagia dunia dan akhirat kelak.amin....

Thursday, October 6, 2011

~lamanya ku tinggalkan blog nie~

lama betul aku xupdate blog aku nie....nak kata cbuk xjgk...entahla malas agaknya.....
hari ini xde apa2 yang aku nak share sbenarnya...cuma sedang kebosanan 2 yg tiba2 ingat kat blog aku nie...
skrg ni aku still keje tmpat sm lagi...ehmmm xde rezeki lagi blh keje tempat lain...tapi aku selalu berdoa moga2 aku di cepat2kan dapat keje yang lebih baik...bkn mksd aku keje sekarang xbaik...ok xpenat, bnyk pengalaman aku dapat, bnyk benda baru aku belajar...tambah2 berkomunikasi dgn org...tp kl di beri peluang cakap depan org rmai rasanya x terbuat...hihihihii...still ada lagi perasaan gelabah dan gabra 2...biasa la 2 kan....

puasa dah lepas,raya pun dah lepas gak...xlama lagi raya haji lak bakal menjelma...tnggu je la...moga aku masih ada mas 2 nnt...raya yang lepas seronok...smua adk beradik aku balik kg...meriahla....pas2 raya ke-4 akak aku ada wak mjls tahlil ckit utk arwah suami dia...alhamdullillah smua berjalan lancar...ms nie seronok smua berkumpul bergotong royong siapkan apa yang patut utk majlis 2....seronok tambah dgn penat...malam 2 aku tidur xhiraukan sapa2 pun sbb penat pnya psl...

24 september lepas 2buah keta dr kg dan 2 buah keta dr shah alam pergi rombongan merisik dan meminang ke pahang jengka 9 utk abg aku...aku xg pun sbb nnt sp nak tlg mask utk org kat rmh...dpt tgk gmbr je la nampak gayanya...alhamdulillah smua berjalan lancar...xlama lg aku bakal dpt kak ipar br la...insyALLAH tahun depan majlisnya...tema majlis kat rmh aku nnt warna kelabu...so dr sekarang kena cari baju la...
panjang lebar lak cerita aku nie...k la lain x plak aku tulis kat blog nie...harap2 xambk masa yang lama r...
k...
salam....


p/s: kat bawah nie aku post kan ckit gambar masa raya lepas....

Thursday, August 18, 2011

~biskut raya~

salam semua...
mcmn dgn puasa??pejam celik pejam celik dah 18 hari kita di bulan ramadan yg berkat ini...
hari ini aku nak crita psl biskut raya...tahun lps br aku start buat biskut raya...try2 je...tahun nie wat jgk....mls pun de jgk...tp dalam mls2 pun siap dah 3 jenis tp xla bnyk pun buatnya...biskut raya yg dah berjaya di siapkan ialah conflex madu(hitam ckit sbb hngus slp hitung...hihihihi...tp bg try kat anak buah diaorg ckp sedap je hangus2 pun kira ok la 2...), badam conflex(biskut nie 1st time buat kira ok la...blh tahan blh masuk perut jadi r...btl x??) dan yg last sekali baru buat semalam biskut arab...buat biskut nie pg smlm sbb cuiti nuzul quran kan so boring2 buat r biskut...xblh r nak try so blh tgk je la...lps berbuka try la makan ok r dr tahun lps...lagipun ank2 buah aku puji r sedap katanya...xcukup bg try sorang sebijik...kira ok r...
pasnie nak wat biskut apa plak ye???kek mesto buat tp nnt mlm raya br blh buat...k la ek...
kt jmpa lain x plak ye...
salam ramadan...

p/s: gambar hiasan je..yg aku pnya xambk gmbr pun...


Monday, August 1, 2011

~ramadan~

assalamualaikum semua........
lama sangat dah rasanya xtulis apa2 kat blog nie....
nak kata cbuk xde la sangat malas pun ada gak kadang2 2...
k la pejam celik pejam celik dah masuk bulan ramadan...
di kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat menyambut ramadan dan selamat berpuasa semua...
korang tau apa yg seronoknya bl tiba bulan puasa???

1. dapat duduk 1 meja dgn familay makan sama2(berbuka&sahur)
2. dapat g terawih(aku xg pun duk rmh jg mak sakit)
3. dapat menambahkan selera makan sbb mkn rmai2 happy la so bertambah selera...
4. bangun pagi2 utk masak makanan sahur utk family aku....masa ma chat dl aku tukang makan dan hidang  je...so sekarang aku take over r...masak xla pndai bnyk bnda lg kn belajar....tp blh la dr xde langsung kan...
5. dapat buat persiapan utk raya...tahun nie bnyk bnda br...org 2 sponser langsir,sarung kusyen,sofa...harap2 meriah la raya tahun nie...puasa baru sehari dah cakap pasal raya...hihihihihihi
6. blh buat kuih raya,biskit raya...tapai rasanya tahun nie cam malas je sbb thn lps pnya kuih ry xmendapat sambutan yg hbs conflex madu je....so tahun nie kn tgk mood dl...yg pasti kek nak buat,,,

2la antara keseronokan bl tiba bulan puasa bagi diri aku nie...korang pun mesti ada gak kan rasa apa yang aku rasa....hari pertama sahur aku bersemangat bangun kul 4 dah bangun....segarkan dr pah 2 mula la operasi memask aku kat dpr sorg2 abg2 aku best je tdr...tau2 bngun makanan dah siap dpn mata....menu semalam ayam goreng kicap dan daging goreng je....nasi aku plak lembik terlebih air...xreti2 la nak sukat air utk masak nasi...kadang2 nasi abah aku masak lg ok dr aku....mcmn nak jd isteri org nie....air biasala teh o panas...mknla kami lima beranak...ma mkn kat luar sorang2 sbb xdpt bngun...so utk berbuka xtau lagi apa menu yg nak dibuatnya....

k la dulu dah panjang rasanya coretan aku kali nie...k sekali lagi selamat menyambut ramadan al-mubarak...


Thursday, June 30, 2011

~ehmmmmm~

lama dah x tulis kat blog nie...
cbuk ckit keje bnyk...
pah2 duk cbuk melayan cerita korea 2 yg xde masa 2....
hehehehehe....
gila cerita korea skrg...dah lm pun minat cm skrg jmpa lmn web crita korea yg best gak r...blh tahan la...
skrg tgj kat www.maaduu.com kl dl tgk kat mysoju...xpun cr kat youtube je....
just nak info je yg blog ni still berjalan cm xsll sgt update la...

Friday, June 3, 2011

U-KISS - 0330 MV

Lirik lagu U-KISS -0330- album Bran New Kiss (Romanization)

[ELI]
Yo
Listen up.
This is my tragic love story
Just to break in my heart.


[HOON]
Na ajikdo noreul jiul su eobseo
Jakku jakku niga saenggakna
Niga nomu bogoshipo

[UKISS]
Bamsae hansumdo jalsu eobseo


[HOON]
Nae mam changmuneul dudurineun bissuri
Niga ddeona beorin kujari
Nomunado keuriwuoseo

[KEVIN]
Bamsaehansumdo jalsu eobseo nan


[AJ]
Bitgil Bikyeo jinaganeun naui duit moseub
Amu geotdo halsu eobsneun naneun / geodeub
Haeseo maeil nanddo huhireulhae / mianhae
Gidohae I want you to be back
I can’t gyeondil su eobseo / nega Eobsneun haru nigga / chameul su eobseo
Nungae Nunmul heulreo / naega
Again noreul itjeul su isseulgga
Eonjeggaji naneun ireolgga


[SOOHYUN]
Na ajikdo noreul jiul su eobseo
Jakku jakku niga saenggakna
Niga nomu bogoshipo

[UKISS]
Bamsae hansumdo jalsu eobseo


[SOOHYUN]
Nae mam changmuneul dudurineun bissuri
Niga ddeona beorin kujari
Nomunado keuriwuoseo

[UKISS]
Bamsaehansumdo jalsu eobseo nan


[KISEOP]
O ireon oneulbamdo oneulbamdo her


[ELI]
Bamsae neoman saenggakhae naneun jal su eobseo
Why did I turn on this love show?
Neowa naui sain meoleotyeosseo
Naega i sarangui hainieosseo
Why did we fight? Urin wae iraettneunde Did you lose the sight? Urin saranghaettneunde
Naega wae i sungan meomchuo ittneunde
Baboya naega pilyohan geon baroneoya


[DONGHO]
Eoggaega chuk neuleojyeo ittneun neo
Hansumman ddang ggeojige suineun neo
Dandanhan gaseumman tangtang chineun neo
Duson moa haneulege gidohaneun neo
Ilgeorago mosubi naneun sangsangiga Uri da ijja jiuja nabbeun gieokdeuleulda
I’m sorry neoga eoddeolju ara Mianhadan mal bake hal su eobseo na


[KEVIN]
Na ajikdo noreul jiul su eobseo
Jakku jakku niga saenggakna
Niga nomu bogoshipo

[UKISS]
Bamsae hansumdo jalsu eobseo


[KEVIN]
Nae mam changmuneul dudurineun bissuri
Niga ddeona beorin kujari
Nomunado keuriwuoseo

[UKISS]
Bamsaehansumdo jalsu eobseo nan


[KEVIN]
O ireon oneulbamdo oneulbamdo her


[ELI, DONGHO, AJ]
You and I, uriui ggeun nohjima
Don’t deny our r² Ï€ Naege wa ije da gwenchana
Dashi Dashi modeungeol sijakhaneun geoya


[UKISS]
Bamsae hansumdo jalsu eobseo


[HOON]
Na ajikdo noreul jiul su eobseo
Jakku jakku niga saenggakna
Niga nomu bogoshipo
Bamsae hansumdo jalsu eobseo (jal su eobseo)


[KEVIN]
Nae mam changmuneul dudurineun bissori (bissori)
Niga ddeona beorin kujari (kujari)
Nomunado keuriwuoseo
Bamsaehansumdo jalsu eobseo nan...


Translate Lirik Lagu U-Kiss "0330"

(Eli) Yo listen up
this is my tragic
story just to break
into my heart


(Hoon) I still
cannot erase you
I keep thinking
about you
I really miss you

(U-Kiss) I cannot sleep at all at
night

(Hoon) The sound
of the raindrops
hitting on the
window of my heart
The place that you
left
I really miss you

(U-Kiss) And I
cannot sleep at all at night


(AJ) The view of
your back, leaving
me on this rainy
road
Because I
couldn’t do anything again,
I regret it again
everyday. I ’m sorry,
I pray, I want you
to be back.
I can’t. I can’t stand it. I cannot
stand a day
without you.
My tears are
falling again.
Will I be able to forget you? When
will I be like that
till?


(Soohyun) I still
cannot erase you
I keep thinking
about you
I really miss you

(U-Kiss) I cannot sleep at all at
night

(Soohyun) The
sound of the
raindrops hitting
on the window of my heart
The place that you
left
I really miss you

(U-Kiss) And I
cannot sleep at all at night


(Kiseop) Oh
tonight again,
tonight again, her


(Eli) I keep
thinking of you at
night, I cannot
sleep
Why did I turn on
this love show The distance
between us has
increased
I was the servant
of this love
Why did we fight? Why were we like
that?
Did you lose the
sight? We used to
be in love.
Why am I stuck in this moment? The
one I need is you,
silly.


(Dongho) You,
drooping your
shoulders
You, taking a rest
on the ground
You, hitting your chest in
frustration
You, praying with
your two hands to
the sky
I think of you getting up. Let’s forget and erase
all our bad
memories.
(I’m sorry) How would you? I
cannot say
anything besides
‘I’m sorry ’.


(Kevin) I still
cannot erase you
I keep thinking
about you
I really miss you

(U-Kiss) I cannot sleep at all at
night

(Kevin) The sound
of the raindrops
hitting on the
window of my heart
The place that you
left
I really miss you

(U-Kiss) And I
cannot sleep at all at night


(Kevin) Oh tonight
again, tonight
again, her


(Eli, AJ, Dongho)
You and I, don ’t cut our cord.
Don’t deny our r²Ï€ Come to me,
everything is fine
now.
We will start
everything over,
over again.


(U-Kiss) I cannot
sleep at all at
night


(Hoon) I still
cannot erase you
I keep thinking
about you
I really miss you

(U-Kiss) I cannot sleep at all at
night

(Kevin) The sound
of the raindrops
hitting on the
window of my heart
The place that you
left
I really miss you

(U-Kiss) And I
cannot sleep at all at night




Thursday, June 2, 2011

~kenduri kawen ja~

selamat pengantin baru ja&pasangannya....
29 mei 2011 kenduri kawen ja...
aku keje tp kuar jap planningnya sejam je rehat tp terbabas jd 2jam...
nak tahu knp jap lg aku cerita...
aku g kenduri kwen ja ni dgn emi,bedu &fatma...
naik keta baru bedu...
kul 1 bertolak dr tmpat keje bedu & emi jmput...
pas2 g ambk fatma...bermulala perjalanan kami ke kg tunjung tempat berlangsungnya kenduri....
sampaila kami ke rmh pengantin  selepas azan zohor...
cari parking sbb kaw rmh ja jln sempit so xde ruang sgt nak ltk keta kn pndai2 r cr...dah jmpa tmpt parkingnya...bergerakla kami berempat dgn membawa hadiah masing2...xsangka rombongan pihak laki dah smpai.
pengantin pun tgh makan beradap...
so kami buat r mcm rmh sendiri g la ambk makanan sementara nak tunggu ja siap mkn nya...
oh lupa pengantin laki nya dr johor...sm tmpat keje dgn ja...
tgh mkn 2 smbl2 duk borak2 la....mcm2 ktorg borak..lm gak r mkn dlm setengah jam kot.tgh2 mkn adk ja bwk la sisa(ole2 kalu g kenduri,kat kelantan kiorg pggl sisa,so jgn slh fhm lak k) so ktorg dpt 2sorg la...penuh tngan smpai emi masukkan dlm beg dia sisa 2....
dah siap mkn naik la ats rmh pengantin tgk pelamin dan hiasan dlm bilik...tgk hntaran....bl plak giliran sendiri xtau lg kn tunggu dan lihat je la...
pengantin cbuk duk bergambar kami pun sm sibuknya duk bergambar gak dlm blk pengantin...
dah puas hati ambk gmbar kuar tgk2 pengantin xde g hntar mak mertua nak balik...ms 2 dah dekat kul 2...hbsla aku...keje mcmn...lwt la jawabnya.....rsau gak la sbb keje dgn org...pah2 menengokkan gaya pengantin lambat aku call kat pjbt ckp lmbt ckit msk keje balik....pas2 pengantin smpai ambk la gmbrnya dgn pengantin dah rs puas hati pengantin nak tkr bj lak....tnggu la la...dah siap tkr bj pengantin ada sesi fotoshot outdoor lak...so apa lagi kami pun meminta diri utk pulang....apa pun ja dan keluarga tima kasih kerana sudi menjemput km....kat bwh ni aku selitkan gambar2 sepanjang mjlis ja yg sempat di ambl.....

p.s:gambar lain blh dpt di pertontonkan sbb hal2 yg xdpt di elakkan...
     kat tepi 2 la gmbar pengantinnya...

Monday, May 30, 2011

~28 mei~

tarikh ni special bg aku sbb tarikh aku di lahirkan...
genap la sudah umurku 24 tahun...
makin bertambah usiaku...
ehmmm tahun ni xde pe yg special masa befday aku...cuma malm 27hb  aku dpt kek abang aku yg bagi sbb dia bg kek kat makwe dia xkan untuk adk xdpt bg kot hehehehehehe...aku sj je ckp g2 xsangka dia bl lak...tapi apa puan thanks utk abg aku MUHAMMAD ASRI sbb belikan kek...pg 28mei aku bngun kena g keje, malasnya rasa tp terpaksa la keje pnya psl...sblm g keje tgk la phone sp la ingat kat befday aku....nik msg wish befday aku, ex bf aku..pah2 ada la kwn2 lain....bf baru aku???bf ke???ntah kejap ada kjp xde mcm biskut chipsmore je....apa pun aku ucapkan tima ksh smua sbb ingt befday aku...kat facebook rmai gak kwn2 wish terasa la diri ini di hargai....ptg aku blk keje aku call BESTFRIEND aku,EMI namanya...ms aku call dia br blk dr mkn knduri dgn bf dia dan insyALLAH jumaat ni merangkap TUNANG nya...amin aku doakan...dia blh lupa tarikh so dia lupa la wish befday aku cbuk buat persiapan nak tunang...darah tgh manis smua dia lupa...tp apa pun dia wish jgk wlaupun lmbt...ptg dlm kul 6lbh aku check blk mesej dlm phone bl tgk2 rupa2nya ANA org first wish befday aku....tp aku xsdr pun mgkn aku bk ms tdr agknya...sory sgt2 ANA xreply...ptg 2 br aku reply....poyo kan aku ni....so this year org yg wish aku ANA la...thanks ANA ingat befday aku wlaupn aku kdg2 lupa asyk ttukar befday dia dgn ibu....hehehehehhee....so...
happy befday to me,moga pnjg umur dan dimurahkan rezeki,cpt dpt jodoh,sntiasa hepy selalu....
that's all...

p.s. thanks utk smua yg wish befday aku secara langsung @ x...tq

Thursday, May 12, 2011

~mencari,tercari,tercari,mencari~

nak tahu knp tajuk dia mcm 2????
sbnarnya sj je...ye la tgk kwn2 dah akhiri zaman solo tb2 ingt kat diri sendiri...
memikirkan dan terfikir untuk mencari dan tercari-cari calon yg ssuai utk mengisi kehidupan di muka bumi ini...
jiwang tul ayat aku.....
tiba2 je feeling hr ni xtau nape....
ok...kt smbg cerita tajuk di atas k....
tgk kwn2 jmpa pasangan utk dr msg2 tmpag gembira dan terdetik di hati bila plak giliran aku???
calon blm ada lg???ehhhmmmm bnyk hal yg kn settlekan dl...
ada ke kekasih ht aku???di mn dia???apa kejenya??mcmn orgnya???

aku mencari seorang lelaki dan bkn nya jantan...
aku mencari yg beriman dan dpt mendidik aku,,,
aku mencari yg sejati...
aku mencari yg setia dan akn sentiasa di sisi..
aku tercari-cari...
masih mencari dan belum ku temui...

eeeiiiiii jiwang tul la...
dpt ke apa yg aku cari-cari...insyALLAH kata2 itu adalah doa....
aku

Wednesday, May 4, 2011

~kahwin~

dah msk musim org kawen dah....best nya tgk org kawen....diri sendiri xtau lagi bilanya....
tgk org kawen rs nak kawen jgk...tp xblh lg bnyk bnda lg yg xde....
maca2 la asln utama nya ialah calon blm ada lg....kawan aku pun ada gak nak kawen hjg bln ni kl xslp...pah2 best friend aku lak nak tunang bln 6 ni....ishk...suka dgr kwan2 happy nak kawen nak tunang tp sdh pun ada gak nnt xde kwn la bl smua dah ada psgn msg2 tgl aku sorg2....tp apapun aku sentiasa doakan kebahagiaan org....

Wednesday, April 27, 2011

~lamanya x update blog~

ehhhhmmmm....
lm btl dah x update blog aku ni....
cbuk je sll tp xtau la cbuk dgn apa....
keje kot...
ye la tambah2 skrg smua pkerja br tgl aku je duk cni lg....
rezeki kat cni lg nmpaknya...
apa pun aku syukur...
smua dah bhenti keje,,,,dpt keje lain la nak kawen la...
tp xpe aku doakan yg terbaik utk diaorg smua...
aku hrp diaorg pun doakan yg terbaik gak utk aku...
tgl sorg bnyk bnda yg nak kn handle...
adala keje nya nak kt bnyk xpun sbnarnaya...nak kt ckit ada la jgk....
skrg keje aku dah x perfect mcm dl...
ada je yg aku lupa...
kdg2 tension dgn dr sndiri asyk buat keje x smpurna....
tp aku ambl iktibar la 2pun kdg2 pastu buat jgk...
hihihihihihihi...
entah...
skrg aku cbuk tgk citer korea jgk 2 yg xde ms nak online...
pas2 ada la beberapa perkara yg mnyebabkan aku xupdate blog ni....
2 xleh bgtau la....
k la nnt apa2 hal aku akan update blog ni....
nak kt selalu xjgk....bl ada kelapangan dan ada story yg nak di share kan....
k buat masa ni
salam smua....

Saturday, March 5, 2011

~sibuk~

lamanya x update blog ni....
sibuk sgt tp xde la smai xde ms ada ms cm xde kesempatan untk mencoert sepatah kata pada blog ni....
hari2 yg berlalu pergi meniggalkan erti yg bermakna dlm hdp dlm diri ini...
xde apa yg nak di kongsikn utk ms ni cm dah terlalu lm xmecoret sepatah dua kata di laman ini...
k la lain x bl ada kesempatan kt bertemu lg

Sunday, February 6, 2011

~puding gula hangus vs kek coklat~

sedapnya.....
puding gula hangus n kek coklat...
2 dua sedap....
smalam ptg buat puding mlm nya plak wat kek...
ingt nak buat pdg utk adk bongsu aku.....
sbb ms hr lahir dia (25hb jan) dia xde kat rmh g plkn kat gua musang....
pas2 ms dia call sblm dia blk ada dia bgtau kat ank sdara kitaorg
wawa srh aku buat kek utk dia....aku pun dah lupa...
ingt nak tebus kembali la sbb xdpt wak kek utk dia puding pun jd la gamaknya.....
siap je puding aku, aku bgtau la dia...
tp puding yg aku buat ttp hbs di makan...sedapla agaknya....nsb baik hbs tp puding yg aku buat ni xbrp nak menjadi... 
 (gambar hiasan je bkn yg aku buat pun)

dia ckp baik buat kek.....(tp dia mkn gak pudingnya)
gnti yg hr 2 pnya ms befday dia xdpt....
aku ckp g r bl bahan2 kl nak srh buat gak...dia dgn sdh nya ckp mn ada duit...
aku ckp g r bl xpe la aku kuarkan duit...
mlmnya g la dia ke PKT dgn abg aku smbl2 dia cr track suit utk dia bw ke plkn esknya...
susu dan coklat rice je yg xde yg lain2 dah ada bhn nya kat rmh....
blknya dr bl brg...buatla aku kek utk adk kesayang yg bongsu 2...busu namanya....
siap kek dlm kul 10 lbh....siap je aku msk tdr...psn kat dia kek dah siap ada dlm pt ais...bgn pg td tgk xde 1slice dia la gamaknya mkn kl x hntu peti kepala hitam la yg mkn.....
aku ptg bg dia bw 3slice utk dia...biar dia puas ht mkn nnt....tp yg pntg sk buat kek@apa2 la aslkn mknn yg aku buat 2 hbs di makan xksh la sdp x (tp kl xsdp xde la org hbskan)

ni gmbr hiasan je,yg aku buat xingt nak ambk gmbr lgpn xsmpt hbs dl...

Wednesday, February 2, 2011

~puTus~

Aku duduk sendirian dikamarku,
menangis kesepian kernamu,
kau tinggalkan aku,
kau cari yg lain,
tergamakmu merobek hatiku.
Tapi setelah kau pegi aku
mendapat lebih baik darimu,
dia hargai aku,
dia sayangi aku
lebih daripadamu,
aku ingin kau tahu betapa ku gembira,
tidak lagi bersamamu,
namun pastinyar nanti kau akan sedari,
yang kau perlu cintaku,
yang kau perlu cintaku,
yang kau perlu cintaku….

putus.....sm mcm dlm lagu melda ahmad ni...tp yg part mendapat yg lebih baik 2 blm lg...tp hrp2 sm mcm lagu ni jgk la....sedihkan bila di tinggalkan tp xpe kuatkan semangat dan thinks positif....ada yg lbh baik menanti so jgn frust2 sgt la smpai tertonggeng2....

Tuesday, February 1, 2011

~tinta buat bakal suami ku~

TINTA BUAT BAKAL SUAMIKU.. (^_^) Coretan Seorang Sahabat Buat Bakal Suami…Dan Ingatan Buat Bakal Isteri Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Entah angin apa yang membuai hari ini, membua...tkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya kukhususkan buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang kujaga rapi selama ini semata-mata buatmu, itulah hati dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang. Aku telah dididik ibu sejak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu daripada mereka. Jadi, kau telah wujud di dalam diriku sejak dulu lagi. gADIS Sepanjang umurku ini, aku menutup pintu hatiku untuk mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku daripada mengenali mereka kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah, aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku lebih bersifat ‘perumahan’ kerana rumah itu tempat yang terbaik buat seorang perempuan. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi bagiku, lebih baik berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan kubuat expressionless face dan cool. Akan kupalingkan wajahku dari lelaki yang ralit merenungku ataupun cuba menegurku. Aku cuba sedaya mungkin melarikan pandanganku dari ajnabi kerana pesan Sayyidatina Aisyah, sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang. Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku berasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan. Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai disoal? Adakah itu sumbanganku pada manusia selama hidup di muka bumi? Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, akulah yang terlebih dahulu perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Andainya aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku aku juga perlu menjadi perempuan yang baik untuknya. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik? Tidak kunafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Setiap kali perasaan itu datang setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah di bahagi-bahagikan. Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak. Berbagai-bagai dalil kukemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ sebaliknya sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh kehidupanku yang ceria selama ini telah dirampas dari diri ini. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kurasakan seolah-olah dirimu wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Kutahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, woman intuitionku yang mengatakan lelaki itu bukan untukku. Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih berlian sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang bisa wujud di mana-mana. Namun, aku juga punya keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S. yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasanmu itu padaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syarak. Aku bimbang perlakuan itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada jalan mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk kau berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan kukesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya kau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang kumimpikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga. Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibu bapaku. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agama. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku...

ni aku ambl dr rakan dr internet...

~interview part 2~

ha...hari ni aku nak smbg cerita psl interview yg aku tls semalam kot....lupa dah..
lps nm aku di panggil yg terdapat dlm group ke 2....fuhhh...terketar kepala lutut....
hbs smua perasaan tmbul blk.....
msk la aku bersama 4 org lg....
ddk la ku di kerusi yg tlh tersedia....
2org panel dua2 pompuan....
sorg nmpk baik je....sorang lg eiiii msti bnyk bnda yg dia soal nnt....
ahli panel pun memulakan bicaranya...memberi salam dan menceritakan knp dia di sini hari itu...
untk sesi pertama soalan yg di tujukan ialah memperkenalkan diri masing2....

sorg demi sorang berlalu smpailah giliran aku org yg ke4....aku pun memulakan bicara...
nama sy NURHAYATI bt ABDULLAH.....dan bla2....cerita la serba sedikit psl aku....
hbs sesi pertama...sesi kedua plak...
soaln dia.....apakah tugas2 utk menjadi PPM....tiba giliran aku je msti jantung aku berdegup laju....giler rsnya berdebar tul....
aku pun jawabla....ikut kuar mulut je la....tgh2 jwb tb2 blur xtau nak ckp apa dah....dlm ht siot tul...hampeh....
pas2 sesi ketiga lak
dia tnya apakah kemahiran yg perlu ada utk menjadi PPM.....tiba je turn aku mula la gelabah gementar...suara pun dah terketar2 tp control la...jwbla apa yg ada dlm fkrn aku ni....
soalan seterusnya plak.....knp dia ptt plh aku utk memohon jwtn ni....
ckp la membangga diri la msg2 smua yg ada dgn aku ms ni....msg2 bgtau kehebatan msg2....aku lak???
ckp ckit je xtau nak membangga diri sendiri....nsb tul...hampeh lg skali...
pas2 last skali soalan utk hari 2 ialah...apa objektive transformasi yg di gembar gemburkan skrg oleh PM kt......
eeeiiiii rs nak menjerit je....hentam je la apa yg aku fkr logik...
slesai la sudah ss interviewnya....ahli panel memberi pluang utk bertanyakan soalan....
ada 1 calon tnya brp kksgan yg ada...panel 2 jwb calon utk di kelantan 428org yg diperlukan cuma 58 org je......so??adakah aku tersenarai dlm 58 org 2???
sm2 la kt nntikan...
apa yg aku dlm dlm interview ni ialah pengalaman utk menghadapi temuduga lps ni blh la buat preparation...
srnok gak r blh knl rmai org...mcm2 org...
k 2 je yg nak share dgn sp2 yg sudi bc...
apa pun wish luck utk aku k xkira dlm apa jua hal...
k...
tatat titi tutut